Friday, February 6, 2009

Bukit Melawati, Kuala Selangor






Pernahkah anda ke Bukit Melawati, Kuala Selangor?

Kuala Selangor terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dari Kuala Lumpur. Selain mengunakkan Jalan Sg Buluh, mereka dari kawasan Shah Alam dan Klang juga boleh mengunakan jalan lama melalui Meru atau pun Lebuhraya Guthrie.

Dari segi sejarah, Bukit Melawati pernah dijadikan tempah bersemayam Sultan Abdul Samad ke Bukit Jugra di Kuala Langat.

Sebelum ke Bukit Melawati, jangan lupa juga melawat Taman Alam yang terletak di kaki Bukit Melawati. Selain aktiviti dapat melihat burung, monyet-monyet juga begitu mesra dan terkawal dan ada yang setengah akan datang begitu dekat sekali dengan kita. Kekadang kita boleh bergambar dengan mereka ....

Di atas Bukit Melawati terletaknya bekas kubu yang dibina sekitar tahun 1800an bagi tujuan keselamatan daripada serangan musuh. Kedududkan Bukit Melawati di muara sungai adalah sungguh strategik untuk menhadapi serangan musuh dari laut. Salah satu sebab ialah untuk tujuan menangkis serangan pihak Belanda yang begitu berminat akan Kuala Selangor dalam usaha mereka menakluki Kepulauan Riau, Melaka dan Johor.

Kini Bukit Melawati menjadi satu daya tarikan pelancung dan ramai yang datang dari dalam dan luar negeri untuk menikmati peninggalan sejarah dan juga menikmati permandangan indah terutama diwaktu matahari terbenam.

Ada servis TRAM untuk membawa pelancung naik ke Bukit Melawati ... jgn lupa untuk mencubanya .....
.

3 comments:

Anonymous said...

nice tram! wish we have one here in Penang... appara punya world's heritage site (boring abis)!!

Unknown said...

Bagus cite awk ...saya pun blum pernah pegi sana..heheheh

Unknown said...

Bagus cite awk ...saya blum pernah pegi sana...hehehe