Saturday, January 22, 2011

Roundabout Balik Pulau




Monumen roundabout di jalan Besar, Balik Pulau ialah seni bina asal yang dibinakan pada tahun 1882 oleh Koh Seang Tat (1833-abad 20an). Koh Seang Tat ialah seorang saudagar Hakka yang kaya, beliau telah dianugerah sebagai Kapitan Cina oleh kerajaan British. Kerja Kapitan Cina ialah menjaga kebajikan kaum Cina. Monument ini dibina untuk memperingatkan kunjugan Sir Federick Weld K.C.M.G Gabenor Selat Melaka.

Semasa penjajahan British, orang British telah memperkenalkan teknik-teknik menggunakan kereta kuda. Kuda digunakan oleh orang kaya seperti Koh Seang Tat dan orang British. Roundabout ini berfungsi untuk kuda dan lembu minum air. Kuda dan lembu digunakan sebagai pengangkutan untuk mengangkut cengkih, buah pala, getah, pisang, dan kelapa.
(Fong Ten Sent)

       
  
Monument roundabout juga telah menjadi petanda di Balik Pulau. Pada zaman dahulu, orang menggunakan penunjuk arah untuk mengecamkan arah. Dua ukiran simbol singa didapati di bawah monumen. Simbol singa digunakan sebagai lambang British. Jadi, ukiran singa ialah untuk mengingati British. Selain itu, air akan keluar dari ukiran mulut singa. Menurut penduduk tempatan, air berasal dari gunung (O Keau Shua, Hokkien) di belakang sekolah Sacred Heart melalui sistem paip.

Kepercayaan bagi orang Cina ialah jika ada air orang Cina akan mendapat untung; jika tiada air, orang Cina akan malang. Dan orang Cina menganggap singa sebagai simbol hero.
 
Bahan asal monument ini dibina dengan menggunakan batu-bata.Penjagaan dan pembaiki roundabout diubahsuai dari masa ke semasa. Seperti sekarang 2006, sportlight, pancut air, peti elektrik dan mozek telah ditambah di roundabout. Lima tahun yang lepas, pokok kelapa plastic telah dipasang dan diturunkan kerana tidak cantik.
  
Kerajaan kita telah mengumumkan roundabout ini akan dikekalkan selama-lamanya.   

Source : http://balikpulau.pid.net.my/page.cfm?name=Roundabout

No comments: