Pernahkah anda dengar Bukit Gambang Resort City atau BGRC yang terletak di Pahang?
BGRC merupakan taman tema air yang terbesar di Pantai Tmur. BGRC terletak berhampiran rumah tol Gambang.
Baru-baru ini (25 Jul 2009) saya berpeluang untuk melawat BGRC. Saya memilih BGRC untuk menghabiskan cuti mingguan saya selepas di beritahu oleh seorang rakan saya mengenai BGRC dan dimaklumkan tempatnya begitu bersih sekali.
Kami bertolak awal dari Kuala Lumpur dan tiba lebih kurang jam 10.00 pagi di rumah tol Gambang selepas menyusuri Lebuhraya Karak selama lebih kurang 2 1/2 jam.
Bayaran masuk ke Water Park ialah RM 19.90 untuk dewasa dan RM 12.90 untuk kanak-kanak antara umur 3 hingga 11 tahun.
Sewaktu disana, salah seorang ahli keluarga saya telah mengalami kekejangan otot dan para pekerja BGRC menunjukkan kesungguhan memberi segala pertolongan kepada saya. Satu ketika, mereka membuat perancangan sehingga saya dibenarkan membawa masuk kenderaan saya kedalam untuk mengambil ahli keluarga saya yang tidak dapat berjalan ke kereta. Terima kasih kepada unit kecemasan BGRC dan pegawal2 keselamatan yang memberikan kerjasama mereka kepada saya.
Jika anda pengunjung dari luar Kuantan, mungkin boleh membuat perancangan untuk melawat tempat2 lain sekitar Kuantan seperti gerai2 makanan laut, menjamah ikan bakar. Pantai Timur juga terkenal dengan bahan2 ukiran tangan, batik, ikan masin dan lain-lain lagi.
Akhir sekali, saya amat mengalakkan semua untuk bercuti di BGRC bersama keluarga anak sambil menikmati layanan mesra pekerja2 di BGRC. Anda mesti akan terpegun dengan pengalaman yang akan anda bawa pulang ...
Untuk maklumat lanjut mengenai BGRC sila klik disini.
Jika diberi peluang insya'allah, saya ingin membawa keluarga saya kembali ke BGRC satu hari sambil menikmati kemudahan2 lain yang saya rasa masih dalah fasa pembinaan.
Syabas!

3 comments:
thanks alot about your story.anak2 saya beria2 mahu pergi ke gambang water park,tapi skang musim hujan but insyallah suatu hari saya akan cuber membawa anak2 saya pergi bercuti di sana.
apa yang diceritakan memang benar ...Bukit Gambang water park sangat best.baru sekali menjejakkan kaki di situ terasa ingin pergi lagi,,ank2 dan adik saya suka bercuti di situ....memang best..
hye....
saye baru je pg bukit gambang arie sabtu baru2 nie...
mule2 rase cam x best jer....
kebnykan mcm permainan kanak2 je....
tp pas2 jadi seronok lak....
bnyk juga tempt mandi ie.....
sampai belakang nun...
Post a Comment