Bersempena sambutan Hari Bapa semalam, saya menyatakan keinginan untuk makan satay kajang yang sudah lama tidak saya jamah. Memandangkan, ada cawangan Satay Kajang Hj Samuri di Seksyen 16, Bandar Baru Baru, saya terus kesitu.
Memang ramai orang ketika saya sampai kesitu dan saya terus memesan 10 cucuk ayam dan 10 cucuk daging ... teringin sangat walaupun sepatutnya saya jauhi diri dari daging kerana masalah kesihatan.
Walaupun makanan yang saya pesan diterima kurang dari 5 minit, saya dapati tahap kualiti kuah kacang sungguh berbeza dari apa yang dihidangkan sebelum ini. Kuahnya ternyata amat cair kalau dibandingkan sebelum ini.
Perkara ini semesti diambil perhatian serious oleh pihak pengurusan. Satay Kajang Hj Samuri mempunyai identiti tersendiri sehingga setiap kali kita bercakap mengenai Kajang, mestilah terus dikaitkan dengan Satay Kajang Hj Samuri.
Dari itu, pihak pengurusan semestinya sentiasa mengambil langkah-langkah positif supaya hidangan satay mereka sentiasa mengikut ramuan asal.
Selain itu, servis mereka boleh dikatakan baik kerana mempunyai pelayan yang mesra pelanggan.
Walaupun, kuahnya yang cair, saya menambah lagi 20 cucuk satay kerana sudah lama tidak merasa Satay Kajang Hj Samuri.
No comments:
Post a Comment