
Baru-baru ini saya bersama-sama keluarga telah meluangkan masa melawat Kuala Trengganu. Walaupun kami sering bercuti, Pantai Timur tidak pernah terlintas difikiran sebelum ini. Mungkin disebabkan keadaan jalanraya yang tidak mempunyai lebuhraya menyebabkan kami tidak pernah berfikir untuk kesana.Selepas berhenti makan malam di Genting Sepah, kami memulakan perjalanan dan kami menyusuri Leburaya Karak dan keluar di Jabor (selepas Kuantan), lebih kurang 2 jam perjalanan pada kadar kelajuan mengikut had laju yang ditetapkan. Dari Jabor, kami mengambil jalan biasa akan tetapi disebabkan cuaca tidak berapa elok, kami berhenti tidur di stesen Petronas Kemaman. Tidak ada gangguan, alhamdullil'allah.

Selepas subuh, kami bertolak ke Kuala Trengganu dan tiba disana lebih kurang jam 7 pagi dan sibuk mencari tempat penginapan. Kami difahamkan tidak ada langsung bilik kosong disebabkan cuti bersempena Hari Buruh. Disana sini saya melihat kereta-kereta dari luar Trengganu di persekitaran pekan Kuala Trengganu. Akhirnya, kami mendapat chalet di luar pekan KT, Saudagar Chalet, ok la ... RM70 semalam.
Kali terakhir saya ke KT ialah sewaktu dijemput menghadiri perasmian Taman Tamadun Islam oleh YAB Perdana Menteri pada 3 Februari 2008.
Kali ini, saya mengambil peluang membawa keluarga saya melawat tempat tersebut dan mendapati sungguh banyak perubahan berlaku dan banyak kemudahan2 asas telah disediakan.
Taman Tamadun Islam terletak di Pulau Wan Man, Kuala Trengganu. Tam

an ini dibina berhampiran Sungai Trengganu dan diramalkan menjadi satu tempat tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri.
Kami sempat berbasikal dan melawat kebanyakan replika.
Diantara replika yang terdapat disini ialah:-
- National Mosque, Malaysia
- KudusMinar, Indonesia
- Pattani Central Mosque, Thailand,
- Taj Mahal, India
- Badshahi Mosque, Lahore, Pakistan

- Kubbah As-Sakhrah, Jerussalem
- Great Mosque of Samarra
- Sheikh Lutfallah Mosque, Iran
- Abu Nasr Parsa, Afghanistan
- Al-Haram Mosque, Mecca, Arab Saudi
- Aleppo Citadel, Syria
- Mosque of Mohamed Ali, Egypt
- Nabawi Mosque, Madinah, Saudi Arabia
- Suleyman Mosque, Turkey
- Great Mosque of Qairawan, Tunisia
- The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain
- Kalyan Minaret, Uzbekistan
- Great Mosque of Agadez, Niger
- Kul Sharif Mosque, Kazan, Russia
- Xian Mosque, China
Secara ringkasnya, Taman Tamadun Islam yang terletak di KT ini adalah Pusat Sehenti untuk kita mengenali tamadun islam secara lebih dekat tanpa perlu pergi ke tempat2 tersebut. Sejarah dibawa kepada kita ....
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.tti.com.my
No comments:
Post a Comment