Tuesday, December 30, 2008

Travel Distribution Summit Asia 2009 (1-2 Apr 2009)

This is an annual event organized by Eye For Travel which is useful to those in the related field to visit and hear more from the experts.

http://events.eyefortravel.com/tdsasia/conference/

At Suntec City, Singapore 1-2 April 2008, see you there.

I have been there twice!

Thursday, December 25, 2008

Johnny's Restaurant - Thai Steamboat


Pada 25 Dec 2008, saya dan keluarga telah pergi ke Johnny's Restaurant cawangan Putrajaya di Alamanda. Ini bukanlah kali pertama kerana Johnny Restaurant adalah salah satu kegemaran saya.

Makanan utama di situ ialah Thai Steamboat dimana ada mempunyai pilihan sebagai 54 jenis sajian antaranya Bean Curd, Fresh Beef, Shrimp Ravioli, Spring Onion, Chinese Cabbage dan bermacam-macam lagi. Makanan akan disajikan dengan sup biasa tanpa bayaran tambahan. Tetapi jika anda meminta sup perasa Tom Yam bayaran tambahan RM10 akan dikenakan dan anda boleh minta untuk tambah --- unlimited.

Disamping itu, ada lebih kurang 26 jenis masakan Thai Speciality, antaranya Fried Kailan, Thai Chicken Rice, Thai Belacan Rice, Thai BBQ Chicken Wing, TomYam with Golden Mushroom & Seafood, Thai Kuey Teow Sup, Mixed Suki, Thai BBQ Chicken Noodle dan sebagainya.


Ada juga pencuci mulut seperti Yam Special, Salim, Water Chesnut in Syrup, Mixed Lod Chong juga ice cream. Bagi yang berminat, milk shake, jangan lupa bertanya dengan pembantu disitu perasa yang dijual.

Berbanding dengan hari-hari lain, kali ini kami perhatikan pelanggan tak putus-putus mengunjungi Johnny's Reastaurant pada hari ini. Walaupun kelihatan penat melayan kami, pekerja2 Johnny Restaurant masih mampu segar tersenyum melayan setiap pelanggan yang datang .. syabas!

Di Alamanda, Putrajaya, ada berpeluang menjamah selera samada didalam bangunan yang berhawa dingin yang dapat menampung sehingga lebih kurang 50 pelanggan pada satu masa atau diluar bangunan dimana ada meja disediakan disamping dapat menghidu udara bersih ....

Diskaun juga diberi kepada mereka yang ada memegang kad-kad rebet seperti Jusco Kad. Tunjukkan kad anda semasa meminta bil.

Bagi anda yang masih belum cuba Johnny's Restaurant, untuk makluman anda mereka mempunyai beberapa cawangan lain di sekitar Kuala Lumpur juga ditempat-tempat lain.

Sila layari http://www.johnnyrestaurant.com/menu.htm untuk maklumat lanjut.

Selamat mencuba.